Program Komuniti – Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN)
15 November 2018 | Aktiviti TerkiniProgram "Komuniti Sihat Pembina Negara" (KOSPEN) dianjurkan di balai raya Kesedar Chalil yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari.
Komuniti Sihat Perkasa Negara merupakan transformasi perkhidmatan kesihatan awam untuk meningkatkan mutu kesihatan dikalangan penduduk kesedar Chalil. Pelaksanaan adalah berdasarkan sukarelawan (GSiM) dari kalangan masyarakat bertindak sebagai agen bagi menggerakkan masyarakat disekitar Kkesedar Chalil dalam mrngamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya mencegah penyakit tidak berjangkit
Antara antiviti yang dijalankan adalah senamrobik yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga pukul 9.00 pagi. Selepas itu, penduduk akan diberikan sedikit penerangan mengenai amalan pemakanan sihat, hidup yang aktif- amalkan aktiviti fizikal dan pengurusan berat badan cara yang selamat. Amalan tidak merokok, Menjalankan saringan kesihatan-pengesanan awal faktor risiko penyakit tidak berjangkit oleh ketua kospen peringkat Gua Musang.
Sesudah itu, peserta akan diberi pemeriksaan darah dan kawalan gula oleh wakil Kospen secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: